Tuesday, 28 February 2017

PASAR PERCUMA KOLEJ KETENGAH 2017

04 Feb 2017 - Program Pasar Percuma Kolej Ketengah 2017 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah Sesi 2016/2017 telah diadakan di Perkarangan RTC Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun. Tujuan program ini diadakan untuk membantu golongan yang memerlukan. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan mencapai objektif program. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar Kolej Ketengah atas komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Booth Kasut dan Handbag

Sesi Temubual pihak TV AlHijrah bersama Pengarah Program Pasar Percuma

Senaman Pagi

Booth Tudung

Gimik Perasmian


Booth Pakaian

Wednesday, 14 December 2016

KEJOHANAN SUKAN MASISWA ZON TIMUR (SUMZOT) 2016

Pada 10 Nov hingga 13 Nov 2016 Kolej Ketengah telah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur (SUMZOT) 2016 bertempat di Muadzam Shah, Pahang. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) dan melibatkan 11 kontijen daripada semua IPTS Zon Timur.

Kontijen Kolej Ketengah telah menyertai beberapa acara iaitu Ping Pong, Petanque, Badminton, Fulsal dan Bola Jaring. Kontijen ini juga berjaya meraih 6 pingat gangsa dalam acara Ping pong double wanita, ping pong single wanita, petanque triple wanita,petanque single wanita dan futsal wanita. Selain itu, Kolej Ketengah juga berjaya menduduki tempat ke lapan dari 11 kontijen yang bertanding. Ini merupakan suatu pencapaian dan peningkatan yang amat membanggakan. Syabas dan tahniah kepada semua di atas kejayaan dan pencapaian ini


Barisan Atlet dan pegawai Kontijen Kolej Ketengah 

Monday, 19 September 2016

KELA ADVENTURE CAMP WITH UNIVERSITI MALAYA

Pada 15 Sept sehingga 17 Sept 2016 pihak Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ( PPAKKUM ) telah menganjurkan PROGRAM INTERAKSI PPAKKUM & BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN PERSATUAN PELAJAR 2016. Program tersebut bertempat di Kela Adventure Camp, Raub, Pahang. Pelbagai aktivti yang telah dianjurkan oleh  pihak PPAKKUM.





Bengkel Pengurusan Organisasi dan Kepimpinan Persatuan Pelajar

MINGGU KEMERDEKAN KOLEJ KETENGAH 2016

Minggu Kemerdekaan telah berlansung pada 22 Ogos 2016 sehingga 30 Ogos 2016 . Antara aktiviti yang berlansung adalah Malam Tayangan Filem Merdeka, Walkaton Merdeka dan Explorace Merdeka.



Tayangan Malam Merdeka

Sunday, 11 September 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H / 2016 KOLEJ KETENGAH

Barisan Kakitangan  Kolej Ketengah
Pada 27 Julai 2016- Majlis Sambutan Hari Raya 1437H Kolej Ketengah yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah berlansung dengan jayanya di Perkarangan Dewan Utama Kolej Ketengah. Majlis yang bertemakan 'Mensyukuri Nikmat Syawal' ini diadakan bagi meraikan Aidilfitri pada tahun ini. Majlis Sambutan Hari Raya kali ini mendapat sambutan yang menarik dari pihak Kolej Ketengah sendiri serta tetamu jemputan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta di sekitar Bandar Al Muktafi Billah Shah

Tuesday, 28 June 2016

MINGGU ORIENTASI SESI JUN 2016

Tanggal 13 Jun 2016 merupakan  hari pendaftaran  mahasiswa baru sesi 2016/2017 Kolej Ketengah. Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah menjalankan program Orientasi Mahasiswa baru pada 14 Jun hingga 16 Jun 2016 bertempat di Kolej Ketengah. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Ice Breaking, Siapa Saya, Menara Impian,Mumia, Puzzle Mission, Imagination Object, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih secara berjemaah. Daripada aktiviti yang dijalankan tersebut adalah untuk mengeratkan antara pembantu mahasiswa dan mahasiswa baru dapat mewujudkan ikatan ukhwah dengan pengisian pelbagai bentuk aktiviti yang diadakan. Pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah menetapkan tema oientasi adalah "Bersama Kita Berjuang Melangkah Ke Depan, Bersama Kita Tentukan Masa Hadapan".

Minggu orientasi merupakan minggu yang diadakan di semua kampus IPTA dan IPTS seluruh negara. Minggu orientasi mempunyai matlamat dan objektif yang sama iaitu memperkenalkan suasana kampus dan memberi taklimat serta maklumat tentang kampus kepada pelajar baharu. 





Shake Your Body







Monday, 27 June 2016

Majlis Perwakilan Pelajar

Kolej Ketengah telah menubuhkan satu organisasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2016/17. Organisasi ini ditubuhkan pada bulan April 2016. Tujuan organisasi ini ditubuhkan bagi membantu dan membimbing mahasiswa dalam pengurusan di Kolej Ketengah. MPP Kolej Ketengah juga akan mengadakan program-program tertentu pada tahun 2016 hingga 2017.

Organisasi ini telah melantik Encik Mohd Zulkaisi bin Mat Ghani selaku Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/17. Beliau merupakan seorang pensyarah di Kolej Ketengah.

Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/17 diketuai oleh saudari Syarifa Suziana binti Mat Napi selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Norshuhada binti Zulkifli selaku Timbalan Yang Dipertua MPP sesi 2016/17 juga dibantu oleh ahli jawatankuasa yang lain iaitu, Amirah Sufiah binti Anuar selaku Setiausaha,Nurul Afini binti Zahari selaku Bendahari, Nur Hayati binti Hashim selaku Exco Akademik dan Intelektual, Maisarah binti Mamat dan Nur Fazlina binti Jusoh selaku Exco Informasi dan ICT, Nur Liyana binti Abd Razak selaku Exco Sukan dan Rekreasi, Nurul Syazana binti Ghazali selaku Exco Kebudayaan, Wan Nurainshah binti Wan Ruslan selaku Exco Kerohanian dan Fatin Aqilah binti Tasrip selaku Exco Kebajikan dan Keselamatan.


Kami selaku Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah sesi 2016/17 berharap dengan penubuhan organisasi ini dapat membantu mahasiswa dan membangunkan lagi Kolej Ketengah agar terus maju dan dikenali di setiap pelusuk dunia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...