| Barisan Kakitangan Kolej Ketengah |
yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Selain itu, majlis ini dihidangkan dengan pelbagai juadah enak yang disediakan dan dikendalikan oleh pihak Ahli Jawatan kuasa Logistik yang di ketuai oleh Fatin Aqilah binti Tasrib. Di samping menikmati juadah enak yang disediakan, majlis ini juga dapat mengeratkan silaturahim, bertemu mesra dan bermaaf maafan sempena Aidilfitri. Majlis Hari Raya pada kali ini dimeriahkan lagi dengan celotehan DJ daripada wakil mahasiswi Batch 4 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak iaitu Nur Shafira Azni Shahrudin dan Suria Husna Ramlee. Kemeriahan majlis dihiasi dengan candy buffet yang dirias cantik dan berwarna warni dengan pelbagai dessert serta photo booth yang disediakan mengikut tema untuk para pengunjung bergambar kenangan yang dihasilkan oleh ahli jawatankuasa publisiti yang diketuai oleh Maisarah Binti Mamat.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diserikan lagi dengan pertandingan "KING & QUEEN" Raya, Selfie Raya Terbaik yang disertai oleh semua pelajar, kaki tangan dan tetamu yang hadir. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan Sambutan Hari Lahir Mahasiswa dan Mahasiswi yang lahir dari bulan Januari hingga Julai serta persembahan Tarian "FlashMood" Raya yang dipersembahkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Kolej Ketengah.
| Antara juadah yang dihidangkan |
| Candy Buffet |
| Sambutan Hari Lahir |
| Penyampaian hadiah |
| Mahasiswi Kolej Ketengah |
No comments:
Post a Comment