Monday, 27 June 2016

Majlis Perwakilan Pelajar

Kolej Ketengah telah menubuhkan satu organisasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2016/17. Organisasi ini ditubuhkan pada bulan April 2016. Tujuan organisasi ini ditubuhkan bagi membantu dan membimbing mahasiswa dalam pengurusan di Kolej Ketengah. MPP Kolej Ketengah juga akan mengadakan program-program tertentu pada tahun 2016 hingga 2017.

Organisasi ini telah melantik Encik Mohd Zulkaisi bin Mat Ghani selaku Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/17. Beliau merupakan seorang pensyarah di Kolej Ketengah.

Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/17 diketuai oleh saudari Syarifa Suziana binti Mat Napi selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Norshuhada binti Zulkifli selaku Timbalan Yang Dipertua MPP sesi 2016/17 juga dibantu oleh ahli jawatankuasa yang lain iaitu, Amirah Sufiah binti Anuar selaku Setiausaha,Nurul Afini binti Zahari selaku Bendahari, Nur Hayati binti Hashim selaku Exco Akademik dan Intelektual, Maisarah binti Mamat dan Nur Fazlina binti Jusoh selaku Exco Informasi dan ICT, Nur Liyana binti Abd Razak selaku Exco Sukan dan Rekreasi, Nurul Syazana binti Ghazali selaku Exco Kebudayaan, Wan Nurainshah binti Wan Ruslan selaku Exco Kerohanian dan Fatin Aqilah binti Tasrip selaku Exco Kebajikan dan Keselamatan.


Kami selaku Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah sesi 2016/17 berharap dengan penubuhan organisasi ini dapat membantu mahasiswa dan membangunkan lagi Kolej Ketengah agar terus maju dan dikenali di setiap pelusuk dunia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...