Tanggal 13 Jun 2016 merupakan hari pendaftaran mahasiswa baru sesi 2016/2017 Kolej Ketengah. Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah menjalankan program Orientasi Mahasiswa baru pada 14 Jun hingga 16 Jun 2016 bertempat di Kolej Ketengah. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Ice Breaking, Siapa Saya, Menara Impian,Mumia, Puzzle Mission, Imagination Object, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih secara berjemaah. Daripada aktiviti yang dijalankan tersebut adalah untuk mengeratkan antara pembantu mahasiswa dan mahasiswa baru dapat mewujudkan ikatan ukhwah dengan pengisian pelbagai bentuk aktiviti yang diadakan. Pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah menetapkan tema oientasi adalah "Bersama Kita Berjuang Melangkah Ke Depan, Bersama Kita Tentukan Masa Hadapan".
Minggu orientasi merupakan minggu yang diadakan di semua kampus IPTA dan IPTS seluruh negara. Minggu orientasi mempunyai matlamat dan objektif yang sama iaitu memperkenalkan suasana kampus dan memberi taklimat serta maklumat tentang kampus kepada pelajar baharu.
| Shake Your Body |
