Monday, 19 September 2016

MINGGU KEMERDEKAN KOLEJ KETENGAH 2016

Minggu Kemerdekaan telah berlansung pada 22 Ogos 2016 sehingga 30 Ogos 2016 . Antara aktiviti yang berlansung adalah Malam Tayangan Filem Merdeka, Walkaton Merdeka dan Explorace Merdeka.



Tayangan Malam Merdeka

Sunday, 11 September 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H / 2016 KOLEJ KETENGAH

Barisan Kakitangan  Kolej Ketengah
Pada 27 Julai 2016- Majlis Sambutan Hari Raya 1437H Kolej Ketengah yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah berlansung dengan jayanya di Perkarangan Dewan Utama Kolej Ketengah. Majlis yang bertemakan 'Mensyukuri Nikmat Syawal' ini diadakan bagi meraikan Aidilfitri pada tahun ini. Majlis Sambutan Hari Raya kali ini mendapat sambutan yang menarik dari pihak Kolej Ketengah sendiri serta tetamu jemputan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta di sekitar Bandar Al Muktafi Billah Shah

Tuesday, 28 June 2016

MINGGU ORIENTASI SESI JUN 2016

Tanggal 13 Jun 2016 merupakan  hari pendaftaran  mahasiswa baru sesi 2016/2017 Kolej Ketengah. Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah menjalankan program Orientasi Mahasiswa baru pada 14 Jun hingga 16 Jun 2016 bertempat di Kolej Ketengah. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Ice Breaking, Siapa Saya, Menara Impian,Mumia, Puzzle Mission, Imagination Object, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih secara berjemaah. Daripada aktiviti yang dijalankan tersebut adalah untuk mengeratkan antara pembantu mahasiswa dan mahasiswa baru dapat mewujudkan ikatan ukhwah dengan pengisian pelbagai bentuk aktiviti yang diadakan. Pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah menetapkan tema oientasi adalah "Bersama Kita Berjuang Melangkah Ke Depan, Bersama Kita Tentukan Masa Hadapan".

Minggu orientasi merupakan minggu yang diadakan di semua kampus IPTA dan IPTS seluruh negara. Minggu orientasi mempunyai matlamat dan objektif yang sama iaitu memperkenalkan suasana kampus dan memberi taklimat serta maklumat tentang kampus kepada pelajar baharu. 





Shake Your Body







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...