Pada 10 Nov hingga 13 Nov 2016 Kolej Ketengah telah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur (SUMZOT) 2016 bertempat di Muadzam Shah, Pahang. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) dan melibatkan 11 kontijen daripada semua IPTS Zon Timur.
Kontijen Kolej Ketengah telah menyertai beberapa acara iaitu Ping Pong, Petanque, Badminton, Fulsal dan Bola Jaring. Kontijen ini juga berjaya meraih 6 pingat gangsa dalam acara Ping pong double wanita, ping pong single wanita, petanque triple wanita,petanque single wanita dan futsal wanita. Selain itu, Kolej Ketengah juga berjaya menduduki tempat ke lapan dari 11 kontijen yang bertanding. Ini merupakan suatu pencapaian dan peningkatan yang amat membanggakan. Syabas dan tahniah kepada semua di atas kejayaan dan pencapaian ini
Barisan Atlet dan pegawai Kontijen Kolej Ketengah